PENYATAAN MASALAH


Sebahagian besar pelajar PST Modul 2 dan 3 dapat menguasai topik 2.2 Number System and Representation dengan mudah dan cepat. Soalan dan latihan yang diberi pensyarah dapat diselesaikan mengikut masa yang telah diberikan. Ini dapat dilihat apabila sesi perbincangan bagi soalan latihan atau tutorial mahupun kuiz untuk topik ini dapat dijalankan mengikut masa yang telah diperuntukkan. Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar PST modul 2 dan 3 yang masih belum mahir topik 2.2 Number System and Representation dan ini menyebabkan sesi perbincangan kadang kala mengambil masa yang agak lama. 

Melalui pemerhatian yang dijalankan didalam kelas, terdapat sebahagian pelajar dapat menyelesaikan dan menyiapkan soalan yang diberi pensyarah dengan mudah dan pantas. Namun, bagi pelajar yang masih kurang mahir topik ini akan mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Kesan dari masalah ini, pensyarah hanya akan memulakan sesi perbincangan jawapan setelah semua pelajar menyiapkan tugasan. Oleh itu pelajar yang selesai awal akan menunggu perbincangan dan masa akan terbuang begitu sahaja.