PENGENALAN

Tajuk PdP Inovatif 
QR Code Numbering System Kit


Ahli Kumpulan
Quinny Bt Ben Hassan
Julailee Bt Ramlee @ Yasin
Rizal Bin Harun
Mohd Wahidi Bin Rosni

Abstrak
QR Code Numbering System Kit dihasilkan bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman bagi tajuk 2.2 Number System and Representation. Kumpulan sasaran ialah pelajar PST modul 2 dan 3 yang mengambil subjek Sains Komputer. Pelajar menggunakan kit ini sebagai alat bantu pembelajaran didalam kelas. Ia juga boleh digunakan untuk self-checking bagi soalan-soalan latihan yang diberikan. Kit ini juga menggalakan pelajar melakukan pembelajaran secara kendiri (Self-access learning). Maklumbalas yang pantas selepas mengimbas kod QR pada kit ini secara langsung dapat menjimatkan masa pelajar dan pensyarah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa minat pelajar berada pada tahap yang tinggi, aspek kerjasama menunjukkan pelajar saling bantu membantu semasa melakukan aktiviti dan QR Code Numbering System Kit juga dapat membantu guru dalam proses pengajaran. Kesimpulannya adalah diharap agar QR Code Numbering System Kit yang dihasilkan boleh dimanfaatkan dengan lebih baik selain membantu pelajar agar lebih memahami topik Number System and Representation.

Kategori 
 Amalan PdP Berasaskan Produk

Objektif
Kajian ini dijalankan bagi tujuan:
  • Melihat keberkesanan penggunaan QR Code Numbering System Kit.
  • Untuk menggalakkan pdp yang menarik minat pelajar 

Kumpulan Sasaran 

Kajian ini tertumpu kepada semua pelajar Program Satu Tahun (PST) Modul 2 dan Modul 3 yang mengambil subjek Sains Komputer di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Pelajar-pelajar ini akan mempelajari topik 2.2 Number System and Representation.