HURAIAN PRODUK INOVASI

Cara menggunakan QR Code Numbering System Kit:


Kit ini boleh digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas dan boleh digunakan untuk tujuan pemulihan bagi kumpulan yang belum menguasai topik 2.2 Number System and Representation.

Sebagai alat bantu PdP:
  1. Pensyarah akan membahagikan set kad soalan kepada pelajar dalam kelas bersama helaian tugasan (worksheet).
  2. Setiap pelajar akan menjawab setiap soalan pada helaian tugasan dengan menunjukkan jalan kira bagi setiap soalan.
  3. Setelah selesai, pelajar boleh terus menyemak jawapan dengan hanya mengimbas kod QR yang ada pada setiap kad soalan menggunakan aplikasi QR code Reader yang ada pada telefon mudah alih pelajar.
  4. Sekiranya jawapan pelajar tersebut betul, kotak kecil pada worksheet perlu dilorek atau diwarnakan dan sekiranya jawapan pelajar salah, kotak kecil tersebut tidak perlu diwarnakan.
  5. Pelajar boleh bertukar-tukar kad soalan sekiranya set tersebut telah selesai dijawab dan disemak.
  6. Pensyarah pula akan menjadi pemerhati dan pemantau sepanjang pdp berlangsung. 

Sebagai alat pemulihan:
  1. Pelajar bagi pemulihan dipilih oleh pensyarah. Boleh dikelaskan dalam kumpulan atau individu.
  2. Pensyarah akan membahagikan set kad soalan kepada pelajar dalam kelas bersama helaian tugasan (worksheet).
  3. Setiap pelajar akan menjawab setiap soalan pada helaian tugasan dengan menunjukkan jalan kira bagi setiap soalan.
  4. Setelah selesai, pelajar boleh terus menyemak jawapan dengan hanya mengimbas kod QR yang ada pada setiap kad soalan menggunakan aplikasi QR code Reader yang ada pada telefon mudah alih pelajar.
  5. Sekiranya jawapan pelajar tersebut betul, kotak kecil pada worksheet perlu dilorek atau diwarnakan dan sekiranya jawapan pelajar salah, kotak kecil tersebut tidak perlu diwarnakan.
  6. Pensyarah akan memantau dan membantu pelajar sekiranya jawapan pelajar tersebut salah dengan memberi tunjuk ajar yang betul.
  7. Aktiviti ini perlu dijalankan beberapa kali sehingga pelajar dapat menguasai topik tersebut.