IMPAK

Impak dari penggunaan QR Code Numbering System Kit:
1. Meningkatkan penglibatan pelajar.
Kod QR dapat memberi manfaat dalam memperkuatkan penglibatan pelajar dalam pdp. Pelajar hanya perlu menggunakan peranti mudah alih mereka dengan selesa dan mudah untuk mengimbas kod QR. Melalui penggunaan kod QR juga membolehkan pelajar meneroka topik dengan lebih baik.

2. Memberi Maklumbalas segera.
Memberi maklum balas serta-merta dan lebih berkesan daripada menyemak jawapan cara manual. Pelajar hanya perlu mengimbas kod QR pada kad soalan setelah selesai menjawab. Jawapan akan dterima selepas kod QR diimbas.

3. Menjimatkan masa.
QR Code Numbering System Kit membantu pelajar menyemak jawapan dengan pantas dan cekap. Ini akan menjimatkan masa perbincangan dalam kelas bersama pensyarah tanpa perlu menunggu pelajar lain selesai menyiapkan tugasan yang diberi.


4. Mencipta Ruang Kerja Interaktif Baru.
Kod QR adalah fleksibel kerana ia merupakan imej yang boleh dicetak ke mana-mana dinding, meja, fabrik atau kertas. Kod QR boleh digabungkan dengan penggunaan telefon mudah alih pada bila-bila masa dan dimana jua berada. Kod QR mampu menyimpan pelbagai jenis data.

5. Kod QR Mudah dihasilkan.
Banyak laman sesawang memberi perkhidmatan untuk menjana kod QR secara percuma. Kod QR mudah dihasilkan sendiri dengan hanya perlu salin dan tampal sebelum mencetaknya pada mana-mana kertas, dinding, fabrik dan sebagainya.