KOD QR

Apa itu Kod QR?


Kod QR adalah singkatan dari frasa Inggeris iaitu Quick Respons (QR), ia juga merupakan kod bar generasi kedua dan merupakan penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave. Denso Wave telah melancarkan Kod QR ini pada tahun 1994 dan ia mampu menyimpan maklumat yang lebih banyak berbanding dengan kod bar yang hanya mengandungi maklumat secara menegak dan mendatar. Kod QR terdiri daripada modul-modul hitam yang disusun dalam pola segi empat berlatarkan putih. Sebagai contoh Kod QR di bawah ini:

Kod QR dapat diimbas menggunakan QR Scanner atau Smartphone yang mempunyai kamera. Kod QR juga bebas daripada sebarang lesen di mana kini ianya diterbitkan sebagai piawai ISO.

Fungsi Kod QR?


Kod QR berfungsi seperti hiperteks yang boleh menyimpan alamat dan URL, nombor telefon, teks dan pesanan ringkas yang boleh diaplikasikan pada majalah, buku, iklan, papan tanda dan sebagainya. Kod QR merupakan penghubung yang paling pantas untuk digunakan atas talian atau bukan atas talian. Ia juga membolehkan pengguna berinteraksi dengan media yang dihantar melalui telefon mudah alih dengan lebih berkesan dan cekap.